Chart using Microsoft Excel
16 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 15 Februari yang lalu, pihak Pusat Internet Batang Maro mengadakan kelas Chart using Microsoft Excel. Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan kepada para peserta menggunakan Microsoft Excel. Pada permulaan kelas, para peserta didedahkan dengan fungsi-fungsi asas Microsoft Excel seperti borders, font, dan color. Mereka telah ditugaskan untuk membuat senarai nama, umur, jantina dan pekerjaan. Senarai ini akan digunakan untuk membuat analisis dan seterusnya membuat carta pai dan carta bar.
Semasa membuat analisis, para peserta menggunakan formula COUNTIF dan COUNTIFS. Formula tersebut sangat memudahkan pengguna kerana pengguna tidak perlu mengira jumlah satu-persatu. Diharapkan kelas sebegini mendapat lebih perhatian di masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: